Thursday, August 6, 2009

5-8-09: dari pukul 5pg sampai 12t'hari adalah 7 jam lamanya dan macam-macam yang berlaku dalam tempoh itu.

entry ini patut dah up semalam. but sebab aku terlalu penat, jadi entry ni aku up hari ni. tapi aku akan tulis macam benda ni berlaku tadi, padahal berlaku kelmarin ok. faham tak? tak faham kalau, sila pergi tikam diri sendiri.

kelmarin.....

pagi tadi aku bangun pukul 0455hrs. aku tgk jam, aku pusing2 dan aku decide untuk tido balik. aku sepatutnya bangun pukul 0530hrs. iye la kan, nak kena siap awal dan keluar awal sebab nak travel ke bahiyah. aku pun lelap la balik. ntah macam mana, pukul 0511hours, aku tetiba je buka mata, dan apa yang aku nampak masa aku buka mata tu, aku memang terpaku....

the stalker yang kerap menghendap bilik aku, he was standing right at my window and looking at me. kali ni, aku memang nampak susuk badan dia. aku tak nampak muka dia sebab dia membelakangkan lampu. aku sangat terkejut masa tu, tak boleh nak menjerit, tak boleh nak buat apa. aku sangat takut. so, i pretended to sleep back. tapi hati aku tak tenang. aku angkat fon and buat2 macam aku call someone. bila finally alarm aku bunyi, aku terus bangun. aku cuba2 tengok kat luar, but he wasn't there anymore. yang paling disturbing tu, aku tak dengar pun bunyi dia panjat masuk and masa tu hujan. sanggup neh, dia datang pagi2 macam ni. psycho....

sekarang, tahap takut aku, aku pun takleh nak describe macam mana.

walaubagaimanapun, aku memberanikan diri keluar rumah subuh2 tu untuk pergi carpool ngan kawan2 aku. the journey started late, but smooth. hujan masih tak henti. kejap2 lebat, kejap2 renyai. tetiba, bunyi yang amat pelik kedengaran masa tengah pandu kereta tu. aku dah suspek, mesti ada masalah tayar ke apa. aku cek tayar belah aku, takde apa2. aku soh budak lain cek tayar belah derang, but they can't see. so ok... jalan lagi. makin lama makin pelik and kuat bunyi tu and kereta pun takleh nak lari walaupun dah press habis. we stopped the car, and got out.

sah, tayar pancit.

kereta saras lengkap. ada jack, ada spare tayar. so, bermula lah sesi penukaran tayar dalam hujan tu. we all tak henti2 gelak because it is just so damn funny to have this happening so early in the morning. takde kereta nak henti tolong pun. aku dah jack kereta but takleh nak buka rim cover tu. aku tak berani nak tarik kuat2, kang patah lak kan. cuba punya cuba, tetiba ada anne naik motor neh henti to lend a hand. thanks anne!!



alhamdulillah.... sampai pun bahiyah...

we were late, but we made a grand entrance. lagipun, sampai awal2 pun tak guna. doctor tak sampai lagi...huhuhh....

lepas pung pang pung pang posting kat dermatology clinic, we went to acute and emergency (bahagian kecemasan) untuk pickup our last carpooler. dia tak sudah lagi masa tu. dia punya team tengah resuscitate a patient. aku pun masuk la sekali nak tengok. lepas sorang, sorang perform CPR kat patient tu. aku pun start palpating for his pulse, aku masih rasa lagi nadi dia and he was still warm to touch. staff kat sana dah panggil medical officer untuk asses the patient. aku tengok patient tu dah tercungap2, memang literally macam nyawa2 ikan. bila medical officer datang, they stopped the CPR. no pulse felt, no heart sounds, no breathing movement, pupils are fixed and dilated. he is dead.

tapi, kat hujung2 jari aku, aku seperti masih boleh rasa denyutan nadi dia, or maybe aku terlalu berharap. aku tak nak kehilangan patient just like that. hari ini, a patient died, and i saw his death....

itu lah perkara2 yang berlaku dalam the first half of kelmarin. how was your day?

p/S: gila apa. satu hari kuar rm9 just to travel to AS. tu tak masuk duit makan lagi...

3 comments:

Unknown said...

wow.. bestnye.. aku tapenah tgk org ditarik nyawa..

Mas said...

tersentak jap baca post you yg nih...

it is nice to know that you still got hope... keep it up! =)

redSeptember said...

@ heidi: apa bestnya tengok death?

@ mas: in this field, hope is the only thing you can live on.