Saturday, June 6, 2009

ular dalam wira aeroback Abah aku

masa tu aku kat dalam kereta. tengah hari rasanya. aku tak berapa nak perasan saper yang drive dan saper yang dok kat depan. yang aku ingat, aku dalam kereta tu bersama ahli keluarga aku. aku dok kat seat belakang. kereta wira aeroback warna brown serupa macam kereta Abah aku kat segamat. aku dok kat tengah. sebelah kiri aku ntah saper ntah, sebelah kanan aku, Yah, adik aku. masing2 tak pakai tali pinggang keledar. ni budget line clear la ni. kalau ada polis kat depan buat roadblock, baru la menggelupur nak tarik seatbelt. ye arr... mana mampu nak bayar rm300 sorang. duit raya yang terkumpul secara bersekutu pun tak cukup nak bayar. kalau zaman kanak2 riang dulu boleh la duit raya masyukk sampai rm500 ke atas untuk seorang. ni, kalau dpat rm50 pun dah kira untung.

ntah macam mana, ada lak seekor ular lidi (jenis ular halus la) berkeliaran dalam kereta tu. dah pasti semua pun geli ngan ular kecuali aku. aku mmg suka ular. siap nak bela lagi. tu cuba tengok list present yang aku nak untuk tahun ni (pada belah kiri column ye). ada aku minta nak ular kan? haa... macam tu la aku suka nak bela binatang ni.

so bila ular tu merayau kat carpet kereta tu, semua dah pakat menjerit. mau pekak telinga aku jadinya. aku pun amik initiatif untuk tangkap ular tu. apa jadah driver (seorang lelaki yang aku tak pasti siapa) dah menjerit macam mak nyah. habis bingit ke arah 180dB la.

warna ular tu unik (bukan macam kumpulan nasyid 'Unic' ye). cantik pun ye juga. satu badan dia warna silver, jenis yang berkilat punya. then kat kat ngan kepala dia ada calit merah dan kuning. sesekali aku terfikir: ular ni penyokong kuat pasukan bola selangor ke atau ular ni asal dari selangor ke? haishh... ntah la...

akhirnya, aku berjaya tangkap ular tu. aku usap2 kepala dia, konon nak jadi Snake Whisperer la. mula2 tgk dia macam tgh high aja. Yah yang dok sebelah aku dah mengukut macam kena senggugut. budget geli la tu. yang orang belah kiri aku pun dah mengesot mendekati pintu kereta. kalau boleh dia nak senggayut kat tingkap kereta tu sebab dia geli ngan ular. sedang aku asyik ngan ular tu, tetiba dia patuk aku la. adoiyayy... apa hal la pulak memberontak tetiba ni.

ular tu patuk kat tangan kanan aku. habis bengkak arr. dia sedap je lekat kat tangan aku. aku tarik pun tak dapat nak lepas dari patukan dia. tapi bila dah mula sakit, aku ketuk la kepala ular tu beberapa kali. last2 ular tu jadi arwah.

-------------------------------------------------------------------------------------
"Bulan madu di awan biru
Tiada yang menggangu
Bulan madu di atas pelangi
Hanya kita berdua
Mengecap nikmat cinta
Yang putih tak terbendung
Sesuci embun pagi"

bunyi Chokia aku.

aku bermimpi rupanya.....

ok, pada siapa yang tere, sila tolong tafsir mimpi aku ni ye. bab2 mimpi pasal ular ni, macam ada tanda2 je.

aku mimpi ni pagi tadi.

14 comments:

ana said...

i taught its real!!!! x tau mcmana nak buat kalau betul2 kat dlm keta uwaaaaa

Mrs Nurul said...

cerh ko ni..aku ingat akhir cerita ko duk lam hospital! salah rupenye

redSeptember said...

@ farhana: kalau betul, i simpan ular tu taw. i nak bela ular. saper nak kasi i satu?

@ neon: ceq mmg baru kuar hospital pun. :) tapi bukan sebab kena patuk ular.

Aloy Paradoks said...

gua nye cita cita nak belar ular warna kuning..

redSeptember said...

ala... nak tiru mazlan pet pet la tu....

Lang Legar said...

Menurut Islam : bermakna menjauhkan diri dari musuh yang menyembunyikan permusuhan dan berusaha untuk mengalahkannya. Jika bermimpi dibelit dan dipatuk ular alamatnya akan beristeri dan jika perempuan akan lekas bersuami.

Menurut Barat :

Ular: Bermimpi ular bermakna kejahatan aneka ragam. Kalau anda membunuh ular, anda akan mengalahkan musuh anda. Cara bagaimana anda memegang ular menunjukkan bagaimana anda boleh menangani musuh anda. Kalau anda menginjak ular, anda akan menakutkan penyakit, dan menakutkan seorang (atau sesuatu) lain yang mencuba memikat pasangan anda.

Dipatuk ular: Dipatuk ular bermakna musuh yang melawan anda atau mengkritikkan anda.

Terpijak di atas ular: Terpijak ular bermakna anda selalunya menakutkan penyakit.

Banyak ular kecil: Ular kecil melambangkan kawan yang rupanya ramah tamah tetapi sebenarnya tidak berbaik-baik.

sumber : google

p/s: tapi mengikut cerita nenek saya,kalau mimpi ular memang sentiasa dikaitkan dengan jodoh dan perkahwinan..but maybe it just a random dream if all of the thing above didn't happen..

redSeptember said...

takde apa pun yang jadi lagi :)

Nadia said...

i dh byk kali mimpi ular tapi takde pon yg masuk meminang. putus lagi ada. haha.

tp cerita u hebat la red. i mati2 ingat btol! cis!~

btw sy sudah pulang :D

Syed Danial said...

tanda time birthday dapat ular lidi kot?? :)

redSeptember said...

@ nadia: tu la, i pk balik kan, saper la nk masuk meminang i ni kan. macam takde saper je huhuhuh

@ syed: are you going to get me one? :)

Syed Danial said...

ular lidi senang aje nak carik. but the problem is, nak mencari tu :)

djambu puadovich said...

cari ular lidi...

di celah2 penyapu lidi...

:D

redSeptember said...

hmmmm.....

mula dah....

djambu puadovich said...

Mula dah? Mul ape? Huhuhu