Thursday, June 18, 2009

pernah tak anda hilang barang pastu anda buat bodoh, pastu tetiba barang tu muncul balik?

*ini adalah gambar hiasan, sila jangan ambil berat. aku sendiri yang snap tu. tere tak?

aku ni jenis yang kerap benar la hilang barang. bukan hilang la actually, misplace, is the more appropriate term. banyak la benda yang aku selalu misplace. tapi ada juga benda yang terus hilang entah kemana.

mama aku selalu cakap, kalau it was meant to be, it will be back in your hands. kalau benda tu memang ditakdir menjadi milik kita, ia takkan kemana. serious, ayat ni boleh apply, bukan saja pada benda material, tetapi pada apa jua aspek dalam hidup (haaa... amik ko! sekali ayat skema aku guna).

dalam tak sampai 2 hari ni, aku dah "ter"hilang sesuatu ni sampai dua kali. kali pertama tu, aku mmg sedar la benda tu dah hilang masa masa tu juga. but kali kedua, aku baru sedar bila aku tengok benda tu dah takde kat tempat dia. macam nak selongkar satu beg, satu kereta, satu hospital, rasanya hanya untuk cari benda tu.

tapi berbekalkan nasihat mak aku, hati yang sabar, dan skill backtrackking aku yang amat tere ni (yes, aku tere bab ni), aku jumpa dah balik benda tu. aku jumpa dalam pocket labcoat aku yang aku pakai lepas aku keluar dari operation theater tadi.

alhamdulillah.....

kalau aku tak jumpa, mau aku pergi cari ahli nujum ni. ada juga terfikir ke arah tu la tadi masa dalam proses mencari.

7 comments:

mrblind said...

sah..nyanyuk..hahaha

redSeptember said...

bukan la...
terlupa la

tak baik tau cakap orang macam tu

Firdaus said...

gua dulu nyayok mcm lu gak. tapi lepas kawin ok pulak. tak nak cuba?

CHEDEM said...

apei pancing kuat hehehe

redSeptember said...

ish pei, kahwin ni bukan macam baju. nak main cuba2 lak.

awat, hang dah ada calon untuk ceq ka?

dah dua kali hang soh ceq memikir ke arah alam perkahwinan ni... huhuhu

alhariesz said...

biasenye benda ni kalo time kita cari memang tak jumpa, selongkar satu umah pun tak jumpa2 gak...tapi bila time tak cari bersepah2 je, siap guling2 lagi depan mata...tp kita wat bolayan....haha..

btw, KOOL pic ar... ;O

Nadia said...

i dh 3 kali hilang barang dan alhamdulillah semuanya i dapat balik. bak kata mak u la barang tuh mungkin mmg milik i..