korang suka tak main hujan? saper tak suka, bukan orang la maksudnya kan. kalau hujan je, orang merungut. tapi kalau salji, nak je semua pakai tebal2 main salji kat luar tu. pelik arr. apa beza salji ngan hujan? dua2 pun molekul air juga, iaitu 2 molekul hidrogen bercantum dengan satu molekul oxygen. serious nampak double standard kat situ. ntah apa apa ntah.
biasanya, kalau hujan, itu mmg aku rasa happy la. tapi kalau masa tu hujan and aku ada plan aktiviti luar, aku kurang happy arr. ye la kan, dah excited nak bbq ke picnic ke, tetiba basah je kat luar tu. kayu api pun lembab macam kura2, mau tak mau keracunan makanan akibat makan lauk bbq yang tak masak.
ada satu perkara yang mmg wajib aku lakukan tanpa sedar, masa hujan turun. tak kira la lebat ke tak ke, tapi kalau hujan, macam automode la, aku mesti mau letak tangan aku bawah rintik hujan tu. aku akan kumpul air hujan dalam muatan takung tangan aku. sambil2 tu, aku berfikir. banyak hal la yang aku fikir. dari hal hidup, hal belajar, hal kawan, hal limunan (eh ada ke?), semua arr aku fikir. paling rare, fikir pasal stok exchange kat NYSE. haaa, jangan main kau! sampai ke arah tu la hujan boleh buat aku berfikir.
tak tahu la, aku rasa macam therapy lak bila aku rasa rintik2 hujan tu jatuh dalam genggaman aku. dengan sejuknya, dengan angin sepoi2 bahasanya. complete. rasa macam aku dalam kepompong aku sendiri yang hanya leh di kacau kalau aku dipanggil. sama la macam aku bawa kereta. kalau aku buka tingkap, mesti aku nak keluarkan tangan aku and buat macam aksi ombak bergerak (alah macam dalam cerita mukhsin tu). tak tahu la, mmg habit.
aku ingat lagi masa sekolah menengah. masa tu aku masih lagi kat sekolah public. waktu tu tengah hari, baru je habis rehat. jadi kami kena beratur untuk apa ntah, aku pun tak berapa nak ingat. aku masa tu galak (bukan A.Galak ye) berborak sama kawan2 aku. macam 17 hari tak jumpa je. padahal tadi baru dok makan yoke mee kat kantin sekolah sama2.
aku dengar bunyi rintikan air jatuh. mula la aku punya konsentrasi beralih ke arah rintikan itu. tangan aku secara auto dihulur keluar untuk menadah rintikan air itu. sambil2 tu, aku masih lagi bercakap bersama kawan2 aku, walaupun isi bualan aku dah kurang sebab aku dah mula masuk kepompong aku. gila best rasa masa tu....
-------------------------------------------------------------------------------------
"iee alia, you buat apa tu?"
"huh?"
"babe, yucks!!! cuba you tengok apa benda yang you tadah tu"
aku mendongak ke tingkat dua.
omg..... budak2 detention tengah cuci tandas. air yang penuh aku tadah dalam tangan aku tu adalah air dari aliran cucian itu.
serious, masa tu, aku bukan saja samak tangan aku, aku siap berfikir nak lalukan tangan aku kat pembakar bunsen (bunsen burner) untuk mensucihama (ni perkataan yang djambu ajar kat aku ye. dia siap gelak kat aku tadi neh. takpe...takpe...) kuman yang ada kat tangan aku.
lepas pada tu, aku lebih berhati2 dalam menadah hujan. aku kena make sure aku kat open space baru aku mulakan aktiviti itu.
4 comments:
knp nk nyahtinja?
klo nk nyahtinja, gi a jamban...
ok la genius. habis dalam BM, "sterilisation" tu apa?
nyahtinja = defecate
sterilisation = sucihama...
hah yg afdalnya kau tadah jer kedua2 tangan macam amik wudhuk....
Post a Comment