Tuesday, May 5, 2009

Mahathir membaca Ya'asin

"doctor, doctor", tegur Mahathir

"hmmm? kenapa?"

"doctor, nak pinjam pen. nak tulis"

[iye le, takkan nak pinjam pen untuk pergi tenun songket kott]

....setelah beberapa minit.....

"doctor, nah, terima kasih ye kasi pinjam pen"

"awak tulis apa tu Mahathir?"

[dia pun dengan bangganya menunjuk aku apa yang dia tulis]

"saya tulis surah Ya'asin"

"mana ada surah Ya'asin. kalau tu surah Ya'asin, dah tentu saya boleh baca. ni saya tak kenal langsung jawi nya ni"

"iye la doctor, ni surah Ya'asin. tengok saya baca"

[aku pun berkerut dahi tunggu dia nak baca tulisan dia tu yang sebenarnya hanya cakar ayam]

....maka, Mahathir memulakan bacaan Ya'asin dari hasil tulisannya.....

"hey mambang tanah, mambang api, mambang air.... mambang segala bapak mambang..."

[Mahathir dengan confident nya membaca "Ya'asin". aku... aku mencangkung bawah meja sambil garuk-garuk lantai, mengenangkan nasib diri yang terpaksa melayan karenah patient2 macam ni]

nasib....nasib....

LimaBelas kasihan

aku pernah tengok tag ni, atau mungkin ada orang pernah tag aku kat MukaBuku. cuma aku je malas nak membuatnya. ni, sebab aku takleh tido balik punya pasal, aku buat arr.

ini adalah acara men'tag' diri sendiri. sila layan dengan keadaan santai....

  1. masa aku kat tadika dulu, sebelum pergi tadika, mama suka belikan aku nasi lemak bibik yang dijual di tepi longkang monsoon, berdekatan dengan rumah arwah nenek aku kat Kelana Jaya. sangat la standard nasi lemak aku tu, sambal, telur rebus, kacang goreng, ikan bilis goreng, timun. standard punya standard, tapi sedap dia, tahap jilat kaki meja punya sedap. tak tahu la sebab apa yang sedap naa. sebab bibik punya air tangan atau tempias dari air longkang monsoon tu.
  2. aku ni dulu2 sangat la gullible (sekarang pun ye juga actually). apa orang kata, semua aku nak percaya. kalau Dharul, kawan aku masa darjah satu dulu cakap dia adalah anak Michael Jackson, mungkin aku akan percaya juga. masa aku darjah satu, aku ada kawan ni, nama dia Chandra (bukan yang dalam cerita HEROES tu). dia kata dia nak belikan aku macam2 present untuk birthday aku, jam tangan la, beg la, menda la. malah bukan untuk aku sorang, tapi untuk satu keluarga aku sekali!! aku punya percaya kat dia, sampai sekarang aku tunggu. takde pun... dah kena tipu ke apa neh?
  3. aku tak suka menulis atas kertas yang ada line. aku suka menulis atas kertas yang kosong. kalau kertas tu ada line, aku rasa janggal untuk menulis. lagipun, aku rasa, aku tulis dengan lebih lurus dan elok kalau aku tulis atas plain paper. ini menandakan otak aku centre, tak senget macam sesetengah orang yang akan tulis senget bila tulis atas plain paper.
  4. aku tak suka makan nasi. panjang ceritanya. bukan sebab aku diet ke menda. tapi sebab lain. so, kalau korang tgk aku makan lauk je, tolong la jangan tanya "eh, tak makan nasi ke?". cuma kadang2, aku akan makan sushi, atau bubur. kadang2 ok... sebab, AKU TAK SUKA MAKAN NASI.
  5. aku kalau tengah stress, atau marah, aku akan berjalan untuk vent out perasaan tu. and masa aku berjalan tu, aku akan kira langkah yang aku amik. aku tak tahu kenapa. aku rasa aku buat macam tu, aku berjaya divert kan pemikiran aku ke tempat lain, dari berfikir tentang perkara yang membuatkan aku sakit hati in the first place...
  6. aku pernah jatuh motor 2 kali: satu kali masa aku cuba nak bawa motor dan dicoach oleh adik sedara aku, satu kali masa aku balik sekolah sambil papa aku yang bawa. masa aku balik sekolah tu, actually, aku tertido atas motor, boleh? nasib baik jam masa tu, kalau tak, aku tak tahu la apa jadi. bapak aku siap marah aku lagi. aku harap dia nak simpati ke apa. nasib arr ada abang ni tolong aku angkat barang2 aku. pastu, bila dah settle, dah jalan balik, bapak aku toleh belakang, tengok muka aku pastu, dia gelakkan aku. apa punya bapak la....
  7. aku pernah jatuh atas lutut aku masa buat hurdle kat high school dulu. sekarang ni, lutut aku sakit. tapi aku masih boleh gagah. aku kan ke macam lady gaga. tere maa...
  8. aku punya lubang telinga kecik, aku punya kaki besar. nak pakai earfon pun susah, nak beli kasut (wanita) lagi la susah. adoiyayy....
  9. aku cukup tak tahan sama orang yang makan tak reti nak tutup mulut. mengunyah sambil nampak isi mulut tu. weii... saper nak tengok?!??! takde manners betul arr... serious. rasa nak lempang je bibir dia supaya makan elok2.
  10. aku ni dah banyak kali la juga kena jahit akibat luka. tapi setakat ni, aku sudah melalui 3 operations: 2 under general anaes, satu under local. masa under local anaes tu, aku rasa nak gigit je lutut doctor tu. dah la dia letak local yang tak adequate, lagi dia cauterize aku nyer operation area tu. aku dah menggigil bawa scrubs tu, dia selamba je: "nurse, i rasa tak cukup la local dia ni. prep satu dose lagi, i nak besarkan area operation ni". kepala paip dia!
  11. aku suka tengok sesame street, walaupun sampai sekarang. aku tak malu untuk mengaku ni.
  12. aku kalau keluar rumah (kecuali masa bersukan) tak pakai jam tangan, itu bukan aku la namanya. aku cukup particular about masa. and very punctual. pada saper yang tak reti nak punctual, sila jangan kasi waktu yang korang memang dah budget takkan sampai. sila kasi waktu yang korang mmg dah ada di tempat itu. oh ye, aku pakai jam kat tangan kiri.
  13. aku pernah handle orang kena sampuk, one-on-one. masa tu aku takde experience pun macam mana nak handle. but sebab keadaan terpaksa, aku berjaya juga. alhamdulillah....
  14. masa darjah 2, aku menang hadiah tempat kedua untuk kuiz agama peringkat sekolah. tere kan aku? aku pun tak sangka aku leh menang. dah la aku ni jahil. aku harap aku menang set kaler pensel yang mega besar dengan warna2 yang menarik (sebab aku suka design baju masa tu). sekali tengok, aku menang ayat Qursi yang dalam frame tu... alhamdulillah....
  15. aku kalau shopping, korang jangan ikut la. aku akan jalan satu mall, survey dalam round pertama. compare dalam round kedua. round ketiga baru aku beli, tu pun kalau aku rasa betul2 baloi la. so, kalau pergi OU tu, aku leh dok barang 4 jam dalam tu, berjalan aja..... dari old wing ke new wing and then back. pastu singgah kat jusco beli pepsi max sebab aku terlupa yang aku lom makan lagi. haishh....

Monday, May 4, 2009

Touchu yang comel

tadi, Razif di ambil sebagai subject untuk di interview hari ni. macam biasa, aku assist the interview sama CE, while BBP was the main interviewer. interesting juga cakap sama Razif. macam2 benda baru pasal dia yang aku tak tahu. tapi apa yang sedia maklum, dia sama Touchu kan ke kawan baik dalam wad tu. mana2 mesti nak berdua.

tapi, hari ni, banyak la pulak patients baru. Razif introduce kat kami, *Eric, a newcomer. Razif cakap, dia sama Eric nak jadi askar. e eh... fikir aku... kan ke hari tu dia cakap, dia sama Touchu yang nak jadi askar. kenapa pula tukar orang?

masa tu, Touchu tengah tido.

then aku cakap sama Razif. kenapa tukar kawan rapat sama Eric pula? takkan nak buang Touchu macam tu kott? tak baik la kan. dah rapat sama Touchu, then bila ada orang baru, mau buang Touchu macam tu pulak. nanti Touchu merajuk macam mana?

dan dan... masa tu Razif gegas bangun dari kerusi, dengan muka yang agak risau, dan hati yang berdebar2, dia cakap: "eh, doctor, saya pergi tanya Touchu kejap ye". dia pun terus bergerak sepantas kilat pergi nak cari Touchu yang sedang nyenyak atas katil macam beruang tengah hibernate.

sekali Razif bawa Touchu kat tempat interview daaa... Touchu dengan muka baru bangun tido nyer... alolololloloo.... kesian sama Touchu. aku pun dah terkejut. kenapa la dia kacau si Touchu sampai macam ni. aku cakap: "eh, buat apa bawa Touchu sini? saya nak cakap dengan awak, bukan dengan Touchu". Razif cakap: "ni doctor, Touchu ok je" "Touchu, Touchu, Doctor nak tengok hang".

"mana ada. takpe2, Touchu, pergi tido balik ok. saya nak cakap dengan Razif je"

Touchu: "hang ni apa la. GILA betul la. panggil aku buat apa!"

errkkk..... di wad mental, patient cakap patient GILA.

adakah ini sama dengan "pot calling the kettle black"?

titisan air mata langit

kelmarin lepas main musical chair sama student lain untuk berebut comp (yang berfungsi) kat library, aku decided nak pergi bandar jap. aku nak pergi post office sama aku nak cari barang sket. lagipun, aku dah lama tak gi bandar kan.

2-3 kucing berlari hari ni, kat sini kerap hujan. tapi kelamarin, aku bajet tak hujan la sebab malam tu dah hujan satu malam kan. so, aku pun ngan selamba bomba nya, jalan kuar, tunggu bas untuk ke bandar. sampai bandar, aku tawaf la satu CS tu. tgk barang. beli barang yang aku tak berapa perlukan. cari barang yang aku perlukan tapi takde. pergi post office, tutup la pulak. ada dalam 3 jam aku dah ronda, aku nak balik. sekali tengok....berderai hujan kat luar. payung takde la pulak. so, aku pun ronda la cari payung....

aku pun dengan suka hati pergi la cari payung. testing segala payung yang ada. siap singgah lagi kedai2 yang jual barang yang aku tak perlukan tapi aku nak beli sebab apa, sebab dah lama aku tak shopping neh.

"payung takde % ye", cakap cashier tu. eh, aku tak tanya pun ada % ke tak. aku nak payung, bukan nak %. tet...tet...tet... jari2 halus akak cashier tu menekan cashier. "rm45.50". aku pun dengan selamba, buka purse, aku hulur rm50. akak kasi balik rm4.50. "ahhh... takyah plastik arr". aku pun nak guna dah kan?

wah... hepi giler ada payung. dalam hati dah bajet nak gelak kat orang2 yang takde payung yang terpaksa berlindung bawah bumbung sekerat tu. muka bongkak giler sebab ada payung baru dalam tangan. aku pun melangkah maju kehadapan... aku keluar mall...

sekali dah tak hujan daa..... elok cerah jek.... T_T

kunfayakun....

p/s: harga payung tu, bukan harga sebenar. tapi akak cashier tu mmg cakap macam tu.

Sunday, May 3, 2009

ikal mayangkerapukepundenparangsekeper

one thing about me, aku tak suka sikat rambut. serious. tanya la family aku. pernah tak derang tgk aku sikat rambut? ada tu ada la... tapi tak kerap. but as far as i can remember, dah berapa bulan aku tak sikat rambut. bukan sebab aku malas, tapi sebab aku mmg tak suka. then orang tanya, rambut aku tak kusut ke? surprisingly, tak, rambut aku ok je. maybe sebab aku suka run my fingers thru my hair every once in awhile kan. tu sebab tak kusut.

tapi, bila nana (adik aku yang the bestest) ada, dia la yang tolong sikat rambut aku. suka dia kalau aku cakap "nana, tolong sikat rambut kakaklin". amboi amboi amboi (ala2 idola aku azwan ali), bukan setakat sikat yang dia bawa keluar, siap ngan sepit la, getah rambut la, kadang2 hair iron pun ada sekali. aku baru soh dia sikat rambut, bukan buka salun (-_-").... lepas dia dah puas dandan aku, sambil aku tgh tengok tv ke, guna net ke, aku pun di suruh tgk arr... evaluate styling dia. mak aihh.... no comment... janji dia happy, and rambut aku dah kena sikat ;)

tapi ni bukan aku nak cerita pasal habit aku yang tak suka sikat rambut. tapi, aku nak cerita pasal semalam, mimpi aku. mimpi aku yang sangat la pelik bin ajaib nye. aku mimpi semalam, ada orang sikat kan rambut aku. it seems like she knows me well, tapi dia bukan nana, atau dia bukan family aku. dia seperti kawan rapat aku, sangat rapat, tapi bukan kings, eliea, roz, ain, or jo-ee. aku tau dia siapa, cuma aku tak berapa nak ingat. aku rasa macam best sangat dia ada sama aku masa tu.

bila aku sedar, aku fikir balik, kenapa la aku mimpi pelik macam ni. adakah itu satu petanda untuk apa2 ke, mainan mimpi ke, atau aku rindu nana ke? (ye, aku mmg rindu nana)....

...atau...

adakah mimpi ni soh aku g belajar sikat rambut. teruk naa perangai tuu weh!

letter to a burning house

during the evaluation that i do with my psychiatric patients, i have 2 standard situations that i used to evaluate their intelligence based on their judgement. certain answers to these to situations will show what kind of psychiatric condition that the patient is currently suffering from.

of course i won't tell you the answers now. but i am going to give you the situations, and you can try an answer accordingly. so here goes....

situation 1:
"you are walking along an empty road, no passing vehicles, nobody is around. as you are walking, you noticed that there is a burning house right infront. and you hear a baby crying from inside the house. what would you do?"

situation 2:
"you are walking past a postbox. below the box, you see a letter with an address. it has been sealed and stamped. what would you do with the letter?"

good luck!

Saturday, May 2, 2009

testing...testing....

lepas aku cakap ngan ah soh kat kedai runcit semeling pagi kelmarin, aku balik rumah. lepas aku balik rumah, aku tak bercakap ngan sesaper. satu, sebab mmg takde saper kat rumah. dua, sebab telefon aku tak bunyi. ada la bunyi, SMS masuk, tapi aku diam je. aku pun tak tahu kena sampuk apa ntah, aku terus diam je semalam.

pagi ni aku dah risau dah. sampai barang pukul 0930hours, aku masih tak bercakap ngan sesaper lagi. mana tau, sekali aku terus takleh cakap ke apa. nak test drive, takkan nak cakap kat cermin kott? malu dowh, kalau jiran sebelah dengar (iye, dinding umah ni sangat la nipis).aku diam lagi, macam lesung batu.

sekali, masa kat library tadi, ah beng yang tengah concert kat belakang aku tu, tegur aku. dia soh tgk sth kat computer dia. aku pun tak kenal ah beng tu. aku pun layan la. sekali dia tanya aku something. aku dah takut dah, aku ni dah la tak bercakap dari semalam. nak guna sign language, aku mmg tak reti. so macam mana ni? ahhh....redahhhh.....

dulu orang kata, suara aku mcam ning baizura. orang kata la... aku menyampaikan aja apa kata orang.

sekali aku buka mulut nak jawap.... yang keluar, suara hamid gurkha daa....

adoiyayy.... terbeliak mata ah beng tu. aku clear my throat sket, baru stable balik. kembali ke suara aku yang sebenarnya, yang kini, dah macam suara radio rosak, bukan suara ning baizura.

lemah dowh.

kubur siam


bukan aku terlupa. tapi aku takde connection je. jadi, sebelum aku bebetul terlupa, aku nak ucapkan "SELAMAT HARI minyak cap BURUH" pada semua-semua warga kerja, tak kira la kerja apa. so, apa je yang korang buat semalam? takde kerja? cari kerja? kena buang kerja? ahhh... apa2 je la. macam aku kisah korang buat apa. +_+

so, apa la aku punya kerja pada hari pekerja ni? patutnya, ada plan. tapi kena cancel la kan, atas sebab2 yang tertentu. so plan, nak tolak plan tadi pada hari sabtu. ok la... so, aku pun pagi2 pergi hantar basikal ke kedai, nak baiki. aku ingat pergi sana, dia akan buka sana, pasang sini, bengkok situ ke apa ke. sekali, aku cakap apa masalah basikal tu, yang aku tengok, dia cuma longgarkan screw, betulkan allignment, pastu main pusing2 roda basikal tu. pastu, dia cakap "ok siap". aku pun mention la pasal gear basikal tu kan, dia kata, owh, takde apa, gear ok. aku test drive la basikal tu. sama je keadaan nya sebelum masuk kedai. ok apa? ok kepala lutut dia. ahh... malas la aku nak gaduh, aku pun kayuh la basikal tu balik dalam keadaan yang sama.

berpeluh2 aku dibuatnya. mana tak, basikal tu jadi berat tau. aku tau mmg aku sedia berat, tapi ni berat lain, macam ada benda halus lak dok carry kat basikal tu. padahal masalahnya lain, masalah mechanical, yang sememangnya aku tak tahu menahu. aku park basikal tu kat umah, aku pun start arr buat chores. kemas bilik yang dah seminggu tak berkemas tu, buat laundry (separuh je la, separuh lagi nak buat jap g), tengok series yang ada arr barang 13kali aku ulang, baca buku. last2, aku nap kejap.

bila dah petang, aku rasa nak pergi mengayuh lagi. so, that was what i did. this time, aku main kayuh je la. pasang radio kat fon ni, bertemankan PREM from RUSH HOUR, aku kayuh. takde tujuan. aku baca arr signboard. dalam hati aku nak lepak kat Tupah Reserve. tapi fikir2 balik, takut lak. tempat tu covered kan. lagi2 aku sorang. malas arr aku nak handle situation, takde mood. kalau kena kejar beruang boleh terima lagi, kalau kena kejar orang... uisshhh... tak sanggup aku. so, kayuh2, aku take in the sceneries. sekarang tak lawa sangat, padi blom naik. baru nak tanam. tetiba, aku tgk, depan sikit, macam ada kumpulan batu2. aku ingat apa la, Tok Pekong ke apa, sekali tgk, adoiyayy.... kubur siam empat kerat. serious, agaknya satu family kott. ada 6 je kubur kat tepi jalan tu. rasa macam disturbing sangat masa aku tgk tu. aku kayuh lagi, ada makam sultan muzaffar shah lak. ingat nak pergi usha, tapi sebab dia masuk kawasan terpencil kan, tak beran arr...lagipun dah petang.

kayuhan aku, ada la dalam 20km lebih semalam. tak gi mana pun. saje je. hari ni patut mengayuh lagi, as according to plan la. tapi hmmm... mana nya?

adoiyayy... aku nak sambung panjang lagi ni tapi takleh lak. bukan aku ada thought block ke apa. tapi library closes at 1pm on sats. aku dengar pun derang dah tutup A/C (aksi2 yang dilakukan untuk menghalau student). tapi aku masih melepak sini sebab ada ah beng kat belakang aku ni tgh buat concert sambil tgk youtube. selagi ah beng ni masih berconcert kat sini, selagi tu la aku akan lepak kat library. bukan sebab suara dia best, tapi sebab aku nak guna net :)