Wednesday, September 1, 2010
Mencuri di bulan puasa
Pagi tadi aku berada di Hospital Alor Setar, lebih tepat sekali, aku berada di klinik psikiatri. Most of the patients yang datang di klinik adalah patient yang stabil dan hanya datang untuk amik ubat dan counselling. Jadi, disebabkan waktu tu awal lagi dan doktor pun belum ada lagi, kebanyakan pesakit hanya berlegar-legar di ruang menunggu di luar klinik.
Masa aku menunggu tu, aku ada terpandang seorang pakcik dalam lingkungan umur lewat 30-an. dia sedang duduk di tepi pagar ditemani seorang lagi uncle yang agak tua dari pakcik itu. Uncle tu tertidur sambil menunggu, tetapi pakcik itu tidak. Aku takde la perhati lama sangat. Tapi setelah beberapa lama, aku tengok pakcik tu macam mengambil sesuatu dari saku baju uncle yang tengah tidur tu.
Uncle tu tertidur terlalu nyenyak sampai dia tak sedar yang pakcik tu telah mengambil sekotak rokok dari aku baju uncle tu. Kemudian, dengan pantas, pakcik itu bangun dan memandang ke arah aku. Masa tu aku memang dah nampak apa pakcik tu buat. Pakcik tu memasukkan rokok yang dia baru curi itu kedalam saku seluarnya dan bergerak ke arah sekumpulan lelaki lain yang takde mengena dengannya atas alasan nak menutup kesalahannya.
Aku tenung lama pakcik itu dan dia perasan aku tenung dia. Dia rasa tak sedap hati, kemudian dia terus start motor and beredar dari situ.
Kerana sekotak rokok, sanggup pakcik tu mencuri di bulan mulia ni kan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment