Monday, September 20, 2010

Ke-melayu-an aku.

Untuk birthday aku Ahad lepas, aku memang berniat nak buat makan2 untuk kawan2 aku. Mujur mereka bersetuju, lantas aku pun bertungkus lumus memerah otak untuk ide2 bernas, bagi membuka selera rakan2 aku.

Kerana terlalu lama berada di Kedah, aku amat rindu pada masakan Johor, kampung halaman aku. Sudah 2 tahun aku beraya di Kedah, pasti aku rindu pada suasana kampung ku. Jadi aku pun bercadang ingin menghidupkan sentimen Johor di tengah2 pekan Alor Setar ini. Aku memutuskan untuk menyediakan Kuah Kacang dan Masak Lodeh.

Tapi perkara yang mencabar minda adalah, beberapa rakan aku hanya makan makanan sayuran sahaja. Jadi, aku tidak boleh menggunakan udang kering atau belacan. Tidak mengapa kerana aku berfikiran "Malaysia Boleh!", jadi aku berusaha sedaya upaya memasak dua jenis masakan itu tanpa menggunakan bahan2 yang penting.


Alhamdulillah, Kuah Kacang aku mendapat sambutan ramai. Mereka amat suka dengan Kuah Kacang yang aku masak, malah mereka sanggup ratah sahaja kuah itu. Siap ada lagi yang berkata: "Kini, kalau ada satay, sangat enak!"


Kuah Masak Lodeh aku juga mendapat sambutan yang serupa. Ada diantara mereka tidak pernah merasai masakan ini, namun mereka amat menggemarinya setelah mencuba masakan aku. Habis seperiuk lauk yang aku masak.

Sebenarnya, aku ingin menjamu rakan2 aku dengan nasi impit agar susana beraya di Johor itu dapat disemarakkan lagi. Tetapi, aku sudah silap kiraan dan tidak dapat menyediakan nasi impit untuk dimakan bersama kuah kacang dan kuah masak lodeh. Akhirnya, aku terpaksa akur dengan memasak nasi putih sahaja.

Kawan aku berkata: "Alia, kini kau berjaya membuktikan yang kau sebenarnya Melayu"

Nota kaki: Tere tak melayu aku? har har har

No comments: