Wednesday, April 7, 2010
Pecah rumah
*memang sebiji macam ni la lock basikal ni. cuma kat rumah ni, warna biru.
Setelah beberapa lama aku tak jejakkan kaki kat KL, akhirnya semalam, selepas aku punya end-of-posting exam (aku pass!!), aku pun melarikan diri ke KL. Iye lah, bila aku kat AS, ada je benda yang kena aku buat. Not that I am complaining ke apa, but sometimes, I need my space too. So, dengan hati yang excited dan gumbira, aku pun balik la rumah.
Sampai KL, memang la aku tired gila. Turun kat pudu, jalan pergi LRT station, naik LRT pergi KLSentral lak untuk beli ticket nak balik ke AS. Then tunggu bus RapidKL untuk balik ke TTDI. Lapar pun lapar, penat, toksah cakap la, memang dah tahap ketua kampung punya penat tu. Maklumlah, sebelum end-of-post memang ada banyak kerja nak selesaikan and banyak orang aku kena berurusan dengan. Pendek kata, telefon aku memang tak reti nak senyap arr..
Setibanya kat bus stop depan Makbul TTDI tu, aku pun usha la nak makan apa. Memang dah niat sangat dalam hati nak makan tandoori set (kat AS takde yang best OK!!). So, beli la bungkus. Then menapak la pergi ke teratak indah aku ni. Jam kat tangan pun dah hampir pukul 11mlm. Punya la excited aku sampai kat lift kat rumah ni. Tiba2 bila aku sampai depan pintu rumah, aku tersentap....
"Owh, patut la aku rasa tak sedap hati je dari tadi masa dalam bus", bisik hati kecil aku
Kunci untuk lock basikal yang aku guna untuk lock pintu grill depan rumah aku ni, aku tak bawa balik.... jeng jeng jeng... macam mana aku nak masuk rumah? Dah lewat malam, takkan ada locksmith yang buka kott? Aku mula2 gunakan tenaga aku yang dah takde tu, aku tarik2 lock tu, dengan harapan aku boleh cabut lock tu, atau lebih best, cabut pagar tu terus (iye, aku tengah geram masa tu)..
Tapi nasib baik la aku ni pandai sikit lagi dari lock basikal tu.
Aku tarik2 lock tu, aku leraikan gulungan dia, pastu aku buka pintu pagar tu dengan kunci pagar yang memang aku bawa balik. Then aku tarik sebesar mana pintu tu boleh buka dengan keadaan lock basikal itu masih melekat kat pagar tu, pastu aku pun squeezed myself through the opening.
Tere kan aku?
Lepas ni, kalau ada sesiapa yang pecah rumah, kemungkinan besar bukan aku la yang buat tu :P
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment