Sunday, February 14, 2010

Seperti beratus-ratus seterika



OK, aku tahu aku ada kutuk jenama produk diatas, beberapa entry yang lepas. Tapi sila lupakan pasal product itu, gambar hanya sekadar di pinggiran.

Hari ni aku ada buat experiment sendiri. Dan, yeah, ia adalah seperti dalam iklan Downy tu pulak.

Siapa biasa pakai softener masa basuh baju? Sila angkat kening.... OK aku tahu Ziana Zain sure guna punya, dan tak lupa juga pada The Rock. So, hari ni laundry day. Aku takde softener. Dan aku kalau cuci towel, aku suka towel aku lembut masa kering tu, bukan crispy macam keropok. So, aku pun melilau la dalam bilik air tu tengok ada apa benda aku boleh jadikan softener. Aku tengok ada hair conditioner, aku pun capai la. And pada bilasan terakhir, aku letak la sikit hair conditioner.

OK, towel aku gebu macam bontot bayi OK. Tak caya? Cuba arr sendiri....

Aku serious neh.

1 comment: