Monday, February 8, 2010

Maafkan aku

Pagi tadi aku bangun dari sebuah mimpi yang aku tak tahu macam mana nak klasifisikasikan. Hendak dikata mimpi buruk, tetapi occasion itu adalah occasion yang elok2 belaka. Hendak dikata mimpi indah, aku tak tahu kenapa aku begitu takut dan sedih di dalam mimpi itu.

Aku bermimpi bahawa hari itu adalah hari pernikahan aku. Ramai tetamu yang hadir. Dewan telah dihias dengan tema warna kegemaranku, warna hijau merimbun. Orang2 utama dalam family aku pun ada. Sahabat handai yang sudah lama aku tak jumpa, semua berkumpul kembali untuk menyambut hari yang meriah itu. Aku berada di dalam dewan berpakaian kebaya pengantin yang simple berwarna hijau.....

Masa makin berlalu. Sesekali para tetamu memandang ke arah aku, seolah-olah bertanya padaku: "pengantin lelaki mana?". Aku tahu siapa pengantin lelaki itu, cuma aku tak tahu, what have i done? Abah (atok) pun datang ke arah aku dan menyuruh aku call pengantin lelaki dan bertanyakan mengapa ada kelewatan dari pihaknya. Aku hanya mampu melaksanakan permintaan Abah. Tidak beberapa lama kemudian, pengantin lelaki hadir....

Berpakaian kemeja batik berwarna hijau tua dan seluar hitam, pengantin lelaki terus ke arah Abah dan menyalam tangan Abah sambil berkata: "Tok, saya ingin menikahi cucu Tok secara halal dan saya meminta restu Tok". Aku melihat dari jauh. Ternyata semua orang gembira melihat pengantin lelaki masuk kedalam dewan itu. Tiba2, seluruh badan ku kejang. Aku tidak mampu bergerak. Aku mula menangis. Berlinangan air mata aku terkenangkan dirinya. Aku tidak mahu meneruskan hari itu dengan pengantin lelaki.....

Terus aku membuka pintu dewan dan melarikan diri.....

p/s:ada sesiapa pandai terjemah mimpi ini?





Hancur hatiku, mengenang dikau
Menjadi keping-keping, setelah kau pergi
Tinggalkan kasih sayang,
yang pernah singgah, antara kita
Masihkah ada, sayang itu

Memang salahku, yang tak pernah bisa
Meninggalkan dirinya, ‘tuk bersama kamu
Walau ‘tuk t’rus bersama,
‘kan ada hati, yang ‘kan terluka
Dan ku tahu, kau tak mau

Sekali lagi maafkanlah,
karena aku, cinta kau dan dia
Maafkanlah, ku tak bisa,
tinggalkan dirinya

Mungkin tak mungkin, ‘tuk terus bersama
Jalani semua cinta, yang t’lah dijalani
Tapi bila itu yang,
kau pikir yang ter-baik untukmu
Bahagiaku, untuk dirimu

Simpan sisa-sisa, cerita cinta berdua
Walau tak tersisa, cerita cinta berdua

Still I have, in my eyes
Still I have forever

Still love him, in my mind
Still love him forever

6 comments:

Nadia said...

i tau komen mimpi tp lagu ni mmg tbaik spjg hayat k!

armand kekasih saya :D

djambu puadovich said...

mimpi mainan tido...

tp mimpi REd ni mcm ada ala2 Runaway Bride plak...hehehe

redSeptember said...

@ hawtness: i know rite?!?!?!

@ djambu: kadang2 mainan tido, kadang2 tidak. i know, ramai yang cakap mimpi ni macam runaway bride. but runaway bride dia lari sebab takut dengan comitment. dalam mimpi tu REd lari sebab i wasn't sure what i was doing and another person was flashing in my mind masa tu.

djambu puadovich said...

ada orang kata apa yang berlaku dalam mimpi tu, nanti jadi yang sebaliknya...

tapi mimpi tetap himpunan-himpunan memori kita sepanjang hari dan keinginan-keinginan minda bawahsedar/subconscious kita...;)

persoalannya, mahukah mimpi jadi nyata? hmmm...

redSeptember said...

ntah la. biar aja takdir yang membuka cerita itu akhirnya...

gO mi NaM said...

xtau la..tp itu mainan tdo je..