Friday, January 8, 2010

scene dari filem P.Ramlee, secara LIVE

aku tak berapa nak ingat la cerita yang mana. tapi rasa-rasa aku, cerita nasib do re mi kott. kalau tak, seniman bujang lapok rasanya. anyway, ada satu scene tu, masa ramlee, sudin, dan ajis tengah masak lauk ayam baru beli. duit tak banyak. so bila dapat beli seekor ayam, rasa gumbira tak terkira la kan.

masa kat dapur tu, satu, satu, derang masuk kacau gulai yang derang masak tu. setiap kali masuk, ditambahnya garam. sampai last2 sebungkus garam tu tertumpah masuk dalam gulai tu.

then masa makan, ajis melantak bagai tak ingat sementara sudin dengan ramlee luah balik makanan tu sebab terlalu masin.

"jis, apa kau tak rasa ke ayam ni keras macam kayu ka, masin ka?"

"ahhh... aku peduli apa. aku lapar. lantak aja la!"

ingat tak scene tu?


sila lihat gambar di bawah:


alamakaih!! pakcik tu punya lauk punya la hitam dan besar setongkol dalam pinggan dia, macam kayu arang!! masa dia mula2 duduk tu, terkejut aku tengok. lauk apa neh? aku pikir2....

cuba korang teka.

p/s:licin habis pinggan pakcik tu.

4 comments:

alhariesz said...

masak kicap kot?

djambu puadovich said...
This comment has been removed by the author.
djambu puadovich said...

http://www.youtube.com/watch?v=Ue1T11BYEr4&feature=related

ciken blek peper?

redSeptember said...

@ alhariesz: on the dot!!

@ djambu: sila cuba lain lagi kali :P