Thursday, October 15, 2009

kata "1 Malaysia". ni apa kes?

hari ada mesyuarat agong yang diadakan di bilik seminar sekangkang kera wad k8 hospital. meeting itu dihadiri ketua2 team (aku ketua team A1) dan ahli-ahlinya yang terdiri dari pelbagai bangsa. tapi macam biasalah, aku seorang aja yang melayu. nak kata melayu sangat pun tak juga lah. dah semua orang pun tak percaya aku ni melayu pun kan.

meeting tersebut berkisarkan tentang cuti sempena sambutan hari deepavali yang bakal muncul tiba dalam masa 2 hari lagi (hari sabtu). tapi, pihak urusan campus telah memberi kata sepakat bahawa cuti hanya diberi untuk 2 hari sahaja, iaitu hari jumaat dan sabtu. pada aku, aku rasa ini adalah tak adil walaupun aku bukanlah orang yang celebrate deepavali ni. aku sendiri dah merasa, cuti raya hanya 2 hari sahaja, aku tahu seksanya. tapi takpelah, since aku sorang je yang menyambut raya dalam batch aku, aku pun memontengkan diri sendiri dengan jayanya. jadilah cuti raya aku selama 3 hari.

pada meeting tersebut ada pihak2 yang tak puas hati kerana mereka tak mahu cuti pada hari ahad tersebut. mereka risau bahawa kedatangan mereka akan merosot (mereka ini tidak menyambut deepavali dan bukanlah orang melayu). aku rasa ini adalah agak mementingkan diri sendiri. agak2 la sikit kan. kalau esok2 raya engkau orang tak kasi cuti, sure engkau melenting nak buat piket semua kan. toleransi la sikit. aku pun menyuarakan konsep "1 Malaysia" dah kita semua haruslah sepakat berkerjasama untuk mendapatkan cuti pada hari ahad tersebut.

malam semalam aku dapat SMS: "good news. sunday is a holiday!!"

baguslah. at least tenang sikit hati kawan2 india aku untuk bergembira bersama keluarga.

tapi pagi tadi, sedang sedap aku mimpi pasal fahrin lookalike, "treet treet", tanda sms masuk. terkejut aku. nasib tak sampai kena minta tay-wo-wais untuk tenangkan hati aku yang gundah gulana sebab terpaksa berhenti bermimpi. sms itu menulis: "GREAT news, starting tomorrow (thursday) until monday, the campus is off!!"

i was like, WHOA!!!

i mean kamon la. cuti raya, 2 hari je. CNY punya cuti, jatuh pada kita punya term break, so, mmg dah untung derang. ni deepavali sampai 5 hari cuti??!?!?! apa kes? just because...... (aku tak nak sambung la. nnt ada pihak yang kata aku racist pulak kan). but seriously, nampak sangat sifat berat sebelah tu.

ni bukan "1 Malaysia" namanya, ni "1..... ahhh.... malas la aku nak cakap. lu pikir la sendiri!!

p/s: baik kasi cuti sampai setahun untuk deepavali. lagi puas hati kan? sampai exam faculty lain pun boleh cancel. serious melampau dowh!

2 comments:

Anonymous said...

kekekekeke...sakit perut nih tahan gelak!!! adoyaiiiii.
~ichigo~

djambu puadovich said...

dapat cuti tu, ok la. boleh la rehat lama sikit...:)