hari tu, on the way balik from SP-KL Sentral, setelah aku di"upgrade" kan ke coach lain, aku bertemu dengan seorang ibu muda yang sedang mendokong anak kecilnya. aku mula menegur anaknya dan kemudian memulakan perbualan bersahaja bersama si ibu. nota: mereka berbangsa india.
aku mendapat tahu bahawa si ibu, bayi kecil, dan ibu mertua (yang berada di coach lain) itu sedang travel ke KL dengan satu tujuan: untuk follow up and check up bayi itu. bayi itu bernama alvina (sedapkan nama neh?). dia berumur 6 bulan. dia menghidap masalah jantung dan paru2. jadi, setelah membuat pembedahan di IJN, alvina perlu menghadiri sesi f/up setiap bulan. memandangkan alvina berasal dari keluarga yang kurang mampu (bapanya adalah security guard, ibunya tidak berkerja), ini adalah tidak berapa economical untuk keluarganya. jadi, si ibu telah membeli tkt upper berth yang lebih murah.
tetapi, ketika aku sedang berborak bersama ibu, dia duduk di katil lower berth. aku bersimpati dengan keadaan nya dan aku amat faham. jika tempat yang diduduki nya ketika itu adalah tempat aku, aku tidak kesah untuk memberi tempat itu kepadanya. tapi pada masa tu, kami masih tak tahu, siapakah yang memiliki lower berth yang telah di occupy oleh alvina dan ibunya. jadi, kami teruskan berborak dan aku sangat happy bermain bersama alvina. ibunya sangat percaya pada aku sehingga dia berani meninggalkan alvina dengan aku buat seketika sementara si ibu pergi ke coach lain untuk mengambil makanan dari mak mentuanya.
setelah beberapa stop, naiklah 3 orang baru ke dalam coach kami (seorang budak perempuan dan maknya [mak A], dan makciknya [mak B]. ketika itu, ibu alvina sudah kembali ke coach kami dan sedang berborak dengan aku. 3 orang baru tadi sibuk mencari berth mereka. tengok2, tempat yang sedang kami lepak adalah tempat mereka, semuanya lower berths. mak B sangat sibuk menyuruh budak perempuan itu dan sisternya [mak A] untuk mengambil tempat masing, including the lower berth that alvina dan ibunya sedang duduki.
melihat keadaan begitu, aku meminta simpati mak A supaya membenarkan alvina dan ibunya duduk di lower berth, mak A di upper berth. tapi mak A berkata dia tak larat nak panjat, aku faham keadaan itu. kemudian, melihat budak perempuan itu, aku bertanya sama ada boleh tak bertukar tempat agar alvina dan ibunya dapat menduduki lower berth dan budak perempuan itu tidur di upper berth. mak B dengan tiba2 memberontak dan berkata: "ahhh, takde, takde. kami dah bayar. kami nak duduk bawah. adik, jangan gerak, duduk je situ"
serious hati busuk.
i mean come on la. kan ke ada baby kecil, ada new mother. please la, where is your heart, let alone, your brain? takkan takde perasaan simpati kott? aku terkejut dengan kata2 tersebut. ibu alvina dah semakin resah. aku tengok dia macam dah nak nagis pun iye juga. aku dokong alvina dan berkata: "takpe, kita tunggu station master, nnt kita cakap ngan dia and tengok apa dia boleh arrange ok".
tiba2 mak A bersuara: "adik, adik kasi aunty ni duduk bawah la. adik boleh panjat atas kan? kesian aunty tu ada baby". budak perempuan itu dengan pantas mengalihkan dirinya ke upper berth dan memberi tempat duduknya ke alvina dan ibunya. kami mengucapkan terima kasih kepada mak A dan budak perempuan itu.
dalam hati aku, jika perlu, aku sanggup bayar the difference in ticket fare to mak B, just so that she will give one of the lower berths to alvina and her mum.
aku ingin mengatakan sesuatu, tetapi sila jangan terasa. bukan apa, mak B tu, bertudung litup, pakai stokin cover aurat kaki and all, tapi hati busuk macam tu. macam takde maknanya je kan?
ntah la....
1 comment:
ah sikit2 nak merajuk. lain tahun gua jemput. lu tak datang siap!
Post a Comment